Wednesday 27 April 2011

tip profesional blog

artikel ni diambil dari blog faizal syukri 

1. Saiz blog.
Blog yang terbaik adalah blog yang mempunyai saiz di bawah 100kb. Saiz yang melebihi 100kb kemungkinan dapat mengakibatkan pengunjung gagal mengakses blog kita terutamanya bagi mereka yang menggunakan broadband. Untuk memeriksa saiz blog anda, boleh ke laman web http://bit.ly/hRtkxd

2. Domain blog.
Blog yang berunsurkan perniagaan amat digalakkan menggunakan domain .com sendiri. Ianya lebih baik daripada menggunakan .blogspot.com. Ini akan menampakkan kita lebih serius dalam perniagaan. Bagi blog perihal peribadi juga tidak salah menggunakan nama domain sendiri dan ianya amat digalakkan. Contoh, dulu blog Peja http://faizalsyukri.blogspot.com, tapi sekarang http://faizalsyukri.com. Mana lebih baik?

3. Autoplay music.
Elakkan daripada memasang autoplay music. Pastikan pengunjung boleh menghentikan lagu tersebut. Dengan adanya lagu yang terpasang dapat menganggu konsentrasi pengujung dan ianya juga salah satu faktor blog anda lebih berat. Sebaik2nya, tiadakan terus muzik.



4. Penggunaan Read More.
Penggunaan read more selain dapat meringankan blog, ia juga dapat meningkatkan page views blog kita. Pageviews yang tinggi merupakan salah satu faktor penyumbang BE bagi ahli NuffNang. Fungsi read more boleh didapati pada Jump Break semasa anda menaip artikel blog anda.

5. Feedburner / autoresponder.
Peralatan ini membolehkan kita mengumbul senarai email prospek kita. Kebanyakan pengunjung jarang yang terus membuat pembelian pada lawatan pertama ke blog kita. Email susulan amat penting bagi membina hubungan dengan prospek kita. Fungsi feedburner pula ialah untuk memaklumkan kepada blogger berdaftar tentang blog kita setiap kali dikemaskini.

6. Penggunaan Template.
Template yang cantik juga dapat menarik perhatian pengunjung lain untuk datang ke blog kita, walaubagaimanapun, template juga penyebab faktor utama blog kita bersaiz besar. Cuba gunakan template yang mempunyai warna lembut dan cuba elakkan menggunakan latar belakang bergambar.

7. Linkwithin / related articles.
Peralatan ini juga dapat membantu meningkatkan page views blog kita. Selain itu, penggunaan peralatan ini membolehkan pembaca blog membaca artikel2 lain yang berkaitan dengan artikel sedia ada.

No comments:

Post a Comment